Thursday 4 February 2016

PENJAJA JALANAN : THE SURVIVAL OF LIFE

Assalamualaikum Sahabat,

Pagi ini TT terpanggil untuk berkongsi sedikit cerita di sebalik tajuk entry TT kali ni. Betullah, jika difikirkan logik, untuk menjadi seorang usahawan yang berjiwa kental, mempunyai jati diri yang tinggi, bermula lah sebagai PENJAJA JALANAN. Kenapa? Kerana mereka ini sebenarnya merupakan kalangan manusia-manusia yg berhati besi, berjiwa besar. Ada pelbagai cerita dan simpang siur dalam notak kehidupan bergelar seorang penjaja jalanan. Barang-barang yang disita, dirampas oleh pihak berkuasa, berpanas dan berhujan, makanan tidak habis dan mungkin ada hari-hari tertentu mereka langsung tidak pulang modal!! Tidak pulang pulang masih tidak mengapa tapi kalau satu pun tak terjual???? Macam mana??? Pernah tak kita selaku pembeli berfikir bagaimana tingginya nilai survival dalam diri mereka?

Bagi yg makan gaji mcam TT ni mungkin tak perlu risau sebab TT kerja atau tak kerja, cukup bulan TT akan terima habuan. Samada dari aspek hukum ianya pendapatan yg 100% halal atau tidak itu kita kurang fikirkan. TT mengaku kadang2 mmg terbabas juga terguna waktu kerja buka dan reply mesej yg tak berkaitan. Malahan entry ini ditulis juga jam dh menunjukkan pukul 8.10 pagi. Tapi disebabkan semua org pun masih galak ke sana ke mari sarapan dan sebagainya jadi TT dah curi masa ni utk menulis sementara ada ilham. Kita yg dibayar tiap bulan takkan faham apa yg peniaga hadapi tiap2 hari. Mereka ni khususnya peniaga kecil pening kepala untuk fikir bagaimana nak rolling modal dan tiap malam pasti terfikir apa akan jadi pada hari esok?? Sebab rezeki ni bukan setiap hari datng seperti air sungai yang mengalir (itu pandangan org luar yg tak pernah berniaga je), ada juga masa-masa tertentu yg langsung takde sen yg masuk. Komitmen bulanan mereka dah sah2 perlu lansaikan. Belum kira lagi perjara dan hal-hal emergency yang berlaku. Mereka ni takde klinik panel dan sebagainya yang senang-senang kita boleh pergi walau cuma sakit kepala! Almaklum, company tolong bayarkan (itu kita fikir)..mesti rugi kalau tak pergi ambil ubat. ewahhhh...cuba syarikat sendiri mahu kita buat mcm tu???

Mereka ada pebagai kisah di sebalik bermulanya diari kehidupan sebagai penjaja jalanan. Yang dilihat cuma yang indah-indah tetapi kadangkala dan kerapkali ramai orang terlupa bahawa ada macam-macam kisah suka dan duka di sebaliknya. Sebelum mencapai kejayaan, pelbagai onak dan duri mereka harus tempuhi, pahit manis yg mesti ditelan bila bergelar penjaja jalanan. Kita pula senang-senang nak minta diskaun : ala dah beli banyak ni kak, takde diskaun ke?" Maaf cakap, TT tak pernah minta diskaun pada penjaja jalanan. Kalau mereka nak beri, TT terima dengan hati terbuka. Sebab TT faham sangat berapa sen lah yg mereka dapat dengan penjualan karipap, kuih muih etc. Sudahlah kene bersengkang mata nak membuat pagi2, senang-senang kita nak minta kurang. Bagi hakak2, abam2, adik2, makcik2 yang membaca posting ini silalh jangn nak minta diskaun sangat pada mereka. Peniaga kecik ni bermula dengan modal sendiri, tiada bantuan apa2 pun jadi tugas kita untuk meringankan beban bukannya menambah beban mereka. Ada faham??? Kadang-kadang kalau dah total tu RM24 la katakan bila kita beli kuih, jadikan je RM25 sedekah RM1 tu pada dia. Kita tak kaya raya dengan material pun hanya kerana sedekah RM1 tapi kita kaya pahala dan mungkin doa dari mereka...mahu ke mahu???

Memang tak kurang juga ada yg dikatakan JUTAWAN SENYAP ramai di kalangan penjaja jalanan atau penjaja pasar malam. BETUL!!! Sebab mereka bermain dengan cashflow setiap hari. Projek juta dan mega memang untung BERJUTA juga atas kertas. Tapi dalam zaman serba mencabar ni cuba tanye berapa banyak syrkat swasta yang menanggung 'rugi' sebab belum dibayar oleh Jab Kerjaaan. Tak percaya???? Ini realiti.. Kerja dah langsai, kerja dah siap, payment???? haaa...baik lah kita jual yong tau foo kat pasar malam! Nampak lekeh sebab tak pakai tie dan kot, panas menghadap api..lencun disimbah hujan. Tapi mungkin jualan mereka sehari mencapai untung bersih RM100 paling kurang...rasanya lebih sbb yong tau foo kita ghairah nak ambik itu ini..bila bayar..makkkk RM20!!! Adoihhhh...rsa macam aduh baik aku beli nasi ayam! hehehe. brang mentah dah mahal cik kiahh oiiiii. Kalau anda yg rajin membaca, mesti dah ikuti pelbagai kisah JUTAWAN SENYAP ni. cari banyak buku usahwan dan majalah2 usahawan yang menceritakan kisah hidup mereka, dari zero to hero...(dari hero ke zero pun banyak...jgn tak tahu). Seronok bila baca siri tulisan kisah jutawan ni ..mcm mana mereka lalui perit hidup bila tiada apa2. Itulah yg betul2 menguji diri mereka. Saiful Nang juga bermula dengan tiada apa2 sebagai photographer masa tu...kadang2 kisah mcm ni memberi kita satu inspirasi dan kekuatan. Jadi bagi yang nak memulakan langkah sebagai usahawan, selalu2 berdamping dengan org bisnes juga. Org makan gaji takkan paham apa yang anda lalui. Tak perlu berkongsi cerita dengan mereka sebab mereka tak boleh digest apa yg awak cuba sampaikan. Carilah mentor yang betul2 jika dah buat keputusan untuk bergelar USAHAWAN. Jatuh dan bangun semula, itu yang menjadikan anda usahwan berjaya...

TT bukan usahwan sebab TT masih makan gaji..TT cuma berjinak-jinak dengan dunia bisnes utk melihat sejauhmana TEORI PERNIAGAAN membantu dalam REALITI BISNES sebenar. Tak guna kalau TEORI BERTINGKAT-TINGKAT tapi tak pernah terjun dalam dunia perniagaan yg serba mencabar, Cerita atas kertas memang menyeronokkan, cuma ambil sehari bukak table tepi jalan dan tunggu pelanggan datang. Apa rasa??? Mereka lalu lalang jeling tanpa singgah..tunggu macam tunggul takde orang nak beli...haaaa mampu???? Belum kira rasa malu bila kwan2 tgk...ada yg rasa terhina, rasa segan, rasa nak menyorok bawah meja. Kita rasa mcm semua org tgk kita bila kita buka table, susun brg jualan...(itu sebenarnya cuma perasaan kita je, diaorg tak pikir mcm tu pun).

Oklah TT rasa sampai sini dulu. TT stop kat sini. Nanti kita cerita ceriti lagi...

Byeee....

***semua pic dari sumber gugel je. kredit to original link ye..tq


Ini pun tabik spring juga..boleh niaga di kaki lima. Tak semua orag mampu buat begini..

Ada yg sanggup mcm ni? teringat kecik2 dulu di stesen bas Teluk Anson) skrg ni Teluk Intan saya pasti beli burger dari peniaga yg jual mcm ni lah. mereka naik ke bas2 jual pada penumpang. Masa tu harga dalam RM1.50 je, arwah mak akan beli 3 atau lebih sbb nak pergi rumah sepupu di Sg Manik. Dapat burger rasa macam seronok sangat dah masa tu, rasa mewah. Budak skrg mungkin tak pandang burger tepi jalan..semua dah ke McD, A&W, Wendys dll..





No comments:

Post a Comment