Friday 22 January 2016

JUJUR, IKHLAS, KOMITED: RESEPI BISNES GEBU GEBAS

Assalam sahabat

Saje je TT (tuan tanah) kasik tajuk gitu..ada plk yg kata ni resepi meniaga produk kecantikan. Tak kurang yg kata ni berniaga kek! Hihi..salah weh. Ni resepi umum pd semua peniaga tak kira siapa, tak kira berniaga apa. Boleh la kita sama-sama amalkan semoga bermanfaat. Ehh sy bukan pakar, saya cuma nak kongsi.

Bagi saya utk berniaga ni yg penting mmg kene ada ilmu. Paling basic ilmu nak mengira..haha. kot tak reti ilmu hisab jenuh yeob, kene tipu ler kamu. Udahnye modal ke mana, untung haram nampak depan mata. Aaa parah gitu yeob. Paling koman blh bajet brape modal, brape nk untung. Itu kasor lagi..kene kira juga kos sampingan. Minyak kete, moto dll la. Nak up byk ke sikit ikut suke mike la

Pastu benda penting yg kene ada bila beniaga...ATTITUDE. Apa dia? Rajin? Itu semestinya..klu peniaga malas mmg melingkup bisnes. JUJUR! Bagi TT ini amatla penting sebab dalam apa juga perkara yg melibatkab duit kita kene JUJUR serta AMANAH. TT risau betul bila customer bankin duit dan TT belum hntar barang disebabkan faktor masa dll. Kdg dah ckp juga..tp depa bankin gak. Kadang TT tanye nak refund dulu x smntara stok sampai...katanya simpan je. Adoii TT takutttt sgt pgg duit org. Selalu kawan TT la csmni, depa men percaya je bankin pd TT. Risau okeh..selagi TT x pos brg selagi tu lah asyik trpikir.

bila berniaga..kongsilah perkara yg benar benar belaka. Bila promosi..promosilah produk seperti di dalam gambar. Tak baik kalau tepek pic lain tp produk dpt lain. TT sedih sbb byk kali terkena dgn penjual online. Jgn kata nak follow up kita brg smpai ke idak..masalahnya brg pun mcm hapa je. Tak sama seperti digambarkan. Sebab tu lah TT mostly pakai sendiri produk kami. Walau muka tak hebakkk mcm model sebenar tapi produk ntni mmg sama spt produk sebenar. Dan kalau TT buh tepek gambar model..itu adalah model sebenar yg pakai produk TT jual. bukan muhung. Kita nak bisnes lama buka nak bisnes smp esok lusa je. Bg TT ini pon 1 elemen JUJUR.

Byk sebenarnya klu nk kupas ttg jujur. Ramai peniaga mmg jujur..tp yg tak jujur oun ada. Ikhlas TT ckp, produk TT sendiri inshaa allah TT boleh jual dgn harga yg mampu milik dan blh suka ati bg diskaun. Tapi produk yg TT register dgn syrkt tertentu TT x blh la suka2 main harga sbb itu dh peraturan syrkt. Kdg ada yg tanye takde diskob ke..hihi klu lah mereka tahu nilai yg TT dpt drpd item tu..mesti x smp hati nk minta diskaun sbb kita bkn stokis. Kita ahlil ahlil kecil je. Bg TT itu adat berniaga, try your luck kata org. Kot dpt disk mmg untung badan ler. Kot x dpt pun jgn ler kecik ati ok.

Last skali TT rasa bisnes kene KOMITED. Komited utk melayan customer..layan progress customer dll. Sbb kerana mereka lah kita masih jd peniaga tau. Dan customer yg dilyn dgn baik..biadanya akan dtg repeat kali ke2..ke3 dn seterusnya. Klu custmer mesej kita jwb "k" je...kau rasa??? Huh..kot TT mmg itu lah last kau dpt duit aku!! Kita paham peniaga bz tp sometimes bila krg bz..lyn la customer anda. Customer blh jadi kawan. TT kenal ramai org start dr customer tapi akhirnya jd kwn. Jgn sombong bila berbisnes..tak ke mana. Cuma TT la ni mmg lmbt sikit reply pm sbb ntah mesej tu mcm lmbt pegi. Tu yg malehh. Kot wasap haa laju sikit dia. Ada juga yg trlps pndg TT nk feedback, aduhai mohon maaf. Sebolehnya TT nak lyn semua sama rata.

kdg bila TT menung..TT fikir. Ramai sgt wasap nk order kek besday..kek kawin dll  tapi TT x berkesrmpatan dah nk buat. TT lebih kpd produk cafe je skrg yg lbh simple dan mudah. Maknanya mereka masih cari kita walau dh lama TT x post apa2 ttg kek di FB. Siyes terharu. Jadi itulah antara penglaman nk share dgn u ols. TT bukan org ada ada pun..sbb tu TT berniaga. Kdg2 ia bermula dgn suka2 je tp lama2 jadi sebati. Ehh kalau TT kaya maybe TT goyang kaki je kat umah tunggu duit masuk. Shopping sana sini..pi obersea dll. TT bersyukur dgn apa yg Allah beri skrg seadanya.

Oklah meh TT share basic cara nak kira margin untung kalau ada sapa berminat untuk berniaga besar besaran dgn stokis..agen..dropship. TT baca dr blog ke FB tah..TT lupa nama dia. Dina ke Dhia ke apa..hihi takut lak ku salah ajar ni.

CONTOH KIRAAN
Harga modal = RM50

Harga Runcit = modal x 3 iaitu RM150

Pembolehubah = harga runcit - modal (RM150-RM100=RM100)

% harga setiap stokis/agen/drop
1. 20% x RM100 = RM20
2. 30% x RM100 = RM30
3. 50% x RM100 = RM50

SO...HARGA SEPERTI BERIKUT

1. STOKIS RM150-RM50 = RM100
2. AGEN RM150-RM30 = RM120
3. DROPSHIP RM150-RM20 = RM130

Camtu la lebih kurg. Pandai2 la adjust sendiri. TT blm apply sgt benda ni sbb xde stokist dgn agen lagi. Ada dropship shj.

Semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment