Sunday 27 December 2015

HARI YG LETIH TAPI PUAS...

Assalamualaikum sahabat..

Di kala post ini ditulis..TT tgh lunjur kaki depan telebisen. Letih betoi la rasa..cam nak tetido. Tapi belum Isya lagi..kene tggu sat. Hurmm sedey hari ni sweetie pies dah balik umah mama papa dia. Jauh. Bila la nak balik lagi kan. Jrg jumpa...sob sob. Gitulahhh bila dah senja, emo memanjang.

Okeh hari ni TT smpat luangkan masa pi kenduri kawin. Aduhh sedap nya makan kambing panggang u ols. Hurmm terasa rasa smp malam..😊😊. Kene riki sapa la caterer nya tu kan. Kot kot next time nak guna leh hello hello. Hehehe. Pas majlis TT gigihkan juga jumpa supplier ambik stok. Manakan tidak, stok menipis. Pelanggan marah kalau asyik xde stok. Hiksss. Alhandulillah semua lancar. Maybe esok supplier hantar lagi separuh sbb tadi x cukup kaler yg TT request.

Ni TT sempat snap beberapa je..x larat oiii pinggang nak putuih rasa. Next time TT kene buat bilik operasi sendiri nampak gayanya. Ala2 stor ye jugak sbb semua kene csmpak dalam tu..studio pun dalam tu juga. Agak2 tetamu nk dtg..kasi locked itu bilik. Hahaaha...😁😁😁

Apa2 u ols refer di page or IG sbb slalu TT update kat situ je. oklah..sebelum berundur maafkan TT atas salah silap dan TT maafkan kawan2 juga. Esok belum tentu kita terjaga dari lena..andai tidak, moga mlm ini kita dah bermaaf maafan pada semua. Bukan apa TT sendu la lately ramai yg pergi tanpa disangka..sedih tau. moga mereka ditempatkan di kalangan hamba yg soleh dan solehah. In shaa allah..

No comments:

Post a Comment