Thursday 17 December 2015

DIET KE DIE????

Hollaaaa....

Saje hari ni nak story mory alkisah DIET. Ramai orang selalu tersilap tentang DIET. Ada orang kata DIET = TAK MAKAN. Hurmmm...itu bukan DIET tapi itu DIE, kalau korang tak makan, lama-lama korang DIE. Hehe...Tapi kalau TAK DIET pun boleh DIE juga tau. Jadi sebagai orang yang dah mengalami beberapa proses kenaikan dan penurunan dalam berat badan, TT suka nak share dengan semua orang pengalaman DIET TT selama TT kenal erti perkataan DIET dalam kamus hidup. Err...zaman sekolah dulu tak layan pun DIET, malam2 buta TT melantak nasi lemak + teh O ais + 1bungkus keropok beli kat koop slps prep malam. Haaa, ada ke gemok??? Memang taklah...maintain gituuu. Cerrr skrg korang buat, mau cukup sebulan terus transform jadi shrek.

CRASH DIET
Pengalaman pertama TT dalam dunia diet. Crash diet ni memang kita tak makan, minummm je. Kalau mampu, kompem dalam sebulan jadi Miss Universe, itupun kalau masih hidup lah. Kalau nasib tak baik, maybe menghabiskan sisa hidup dalam hospital. And diet cara ni TT tak dapat nak bertahan lama, bila dah kursus TT bantai makan maca-macam konon nak qada' benda-benda yang tak dapat makan sebelum ni. So korang rasa apa jadi??? Takyah cakap lah, mesti tau kan apa jadi lepas tu...

Sebenarnya saiz TT yg normal ialah sekitar 55kg mcm tu. Tapi biasalah...zaman bujang rasa 55kg tu mcm gemok tahap dewa. Macam2 lah try sampai ada satu TT beli jenis titis dalam minuman, jual kat smartshop rasanya. Haa kellasss kan TT dah pandai kot order brg kat smartshop masa tu. Harammmm menjadi, ke laut sudahnya.


ATKINS DIET
Yang ni approach yg TT cuba selepas gagal dalam crach diet tapi bukanlah cuba serta merta. TT cuba ATKINS dalam 2-3 tahun lepas sekitar 2012 kot. Ok juga, tapi TT takleh la bertahan lama. Sebulan pertama TT rasa teruja sbb dok makan lauk sokmo. Dah tu dia tak kisah lauk tu kita goreng ke, kita masak lemak ke dll. Menu TT masa tu memang full of fat!!! Konon2 katanye FAT AGAINST FAT!!! Kahkahkah...memang true sgt akhirnya FAT tu bermestautin dalam badan. TT bertahan dalam 2-3 bulan macam tu sbb sampai satu tahap, TT tgk ikan dory je TT rasa nak muntah ok. Eiiii tak tau nak imagine maam mana. Lagipun masa tu TT pund ah berumur, terfikir pulak risau ni makan fat byk2, nnt kolsterol. Walaupun TT banyak jugak la baca pengalaman2 mereka yg ATKINS ni ramai dah berjaya, maybe diet ni tak sesuai dgn TT. So i just stopped!! And....TT redha bila hampir kesemua baju TT sangkut di pinggul dan perut. Owhhh tension juga. Baju lawa2 terpkasa lipat elok2 dan simpan dlam kotak. Tak kurang juga yg TT sedekahkan pada orang, hukhuk...yelah kan elok sedekah barang yg kita sayng, bukan brg yg layak dibuang!! Maka bermulalah mimpi ngeri dalam hidup TT. Pergi mana2 pun org tanya....sihat ke??? sihat sekrang???? kalau yg kurang asam akan cakap...wahh makin sihat sekarang (hishhhh pang nak???). Tapi dah memang betul pun, mana leh marah diaorg. Dri size M transform jadi XL dan XXL, mau tak terkejut kawan2 TT. Since then TT rasa nak buat apa diet, memang tak menjadi punyer..


EXERCISE
Hihi...tak cayalah tu kann??? Sila lah percaya bawahsnya TT pernah cuba kot bersenam untuk kurus. Gigih lah TT carik video2 senaman. Pi aerobic bagai, pastu sampai umah haa kauuu setimbun nasi TT telan. Tahniah2!! Memang tak kurus lah kalaukorang buat mcm TT. Sila bare in mind bahawasanya semakin umur kita meningkat, kadar metabolisme kita makin menurun. Kene usaha lebih utnuk dapatkan berat ideal dgn kaedah senaman. Bagi yg gen kurus tu, bersyukurlah koranggg, makan byk mana pun badan tetap besor lidi...(mmg TT jelesss). Cessss...

TT dah la keje jauh, balik umah penat. Manade masa nak senam2 nih. Serius malas giler. And seperti dakwaan asben TT dia kata hmmm hangat2 taik ayam la tu, menjadi kenyataan. Takde la rajin dah nak bersenam bagai. Pastu tiba2 tertengok lak rancnagan apa tah, nutritinoist tu cakap..

"YOU TAK GEMOK SEBAB TAK EXERCISE, YOU GEMOK SEBAB MAKAN" Damnnn...memang terus lah TT tak exercise, hahahaha.

So...last2 TT guna cara apa yer nak turunkan berat badan???? Hikss...NEXT ENTRY ok, penat dah menaip. Sebelum tu TT nak share few thing dengan korang...

You... Are Obsessed With Fad Diets
“People tend to jump from one fad diet to another without understanding the pros and cons and whether it is a lifestyle that suits their needs.  I wish people would stop worrying so much about what diet their neighbor is on and, instead, spend that time and energy getting to know their own body and how it reacts to certain foods and dietary patterns.  The more nutrition science uncovers, the more we understand that we are all individuals with unique dietary needs.”Rachel Begun, MS, RDN, nutritionist and natural chef.
>>>>kan TT dah kata dalam entry TT kat FB awal2 dulu, korang pls laaa jgn ikut org len punyer diet. Kenal tahap kesihatan dan condition diri sendiri. Ehh sama rupanye apa TT cakap dgn nutritionist ni cakap..maknanye, TT pun boleh jadi Nutritionist????kehkehkeh

Ohhh ni bikin panas nihhhh, tgk org sebelah makan sedappp kot. Cuit sikit2 takpe, TT selalu buat camtu





Ha nmpakkk tak TT yg berbaju biru tuu. Adoiiii sendo sgttt hoiiii. 


Ini TT gambar kelmarin. Tak le kurus nana tapi kecut le jugak kan..jadilah

No comments:

Post a Comment